Mood memasak hari ini. Selepas siap Kari Ayam campur sayur zucchini, carrots, terung, tomato, try pulak experiment pertama buat roti jala lowcarb. Carb hanya drp 1 sudu teh serbuk badam.
Oleh kerana tak jumpa acuan roti jala, modify sikit guna ziplock dan gunting hujung plastic.
Bagi yang nak mencuba, ini resepi ya.
Roti Jala Keto
Bahan:
- 1 biji telur
- 1 sudu teh serbuk badam (almond flour)
- 1 sudu teh santan
- 1/4 sudu teh garam Himalaya
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
Cara:
- Blend semua bahan.
- Panaskan kuali. Api kecil ya.
- Letak sedikit minyak dan ratakan dgn sehelai daun pandan.
- Tuang adunan menggunakan acuan roti jala.
- Angkat dan lipat. Tak perlu terbalikkan. Jgn biarkan garing nanti jadi keropok tak boleh lipat.
- Bancuhan ini menghasilkan 2 keping roti jala.
*Hidang dengan kuah kari atau Dhall.
Atau yg suka manis nanti saya share resepi lowcarb keto kaya! Menarik kan? Banyak pilihan nak makan on keto diet ni.
Selamat mencuba.
* Credit kpd Mary Ann Loh yg share resepi roti jala ni.
Recent Comments