MyRDO Plt.
  • Berita
  • Kedai MyRDO
  • Special Diet
  • Diabetes
  • Healthy Meal Plan
MyRDO Plt.
  • Resipi
  • Konsultasi
  • Senaman
  • Aktiviti
  • Testimoni
  • MyRDO
  • Kedai MyRDO
  • Member
    • Login
    • Register

Recent Posts

  • Recipes preview post
  • Mini Zucchini Pizza ?
  • Roti Jala Keto
  • Cloud Bread
  • Avocado Chia Seed Pudding

Recent Comments

    Archives

    • October 2020
    • December 2018
    • September 2018

    Categories

    • Aktiviti/Program
    • Konsultasi
    • Mengenai MyRDO
    • Resipi
    • Senaman

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    Resipi

    Nasi Impit Cauliflower

    26/12/2018

    Ramai yang dah mula bertanya tentang resepi Nasi Impit Cauliflower ni. Baik lah, ini lah resepi yg di nanti-nanti kan!

    Nasi Impit Cauliflower

    Bahan-bahan:

    • 1 cauliflower head (bunga kobis)
    • 1 Kotak santan 
    • 2 cawan air 
    • 2 pkt agar-agar powder(brand Swallow Global)

    Cara:
    1. Potong bunga kobis dan rebus. Dah lembut, toskan.
    2. Masukkan ke dalam food processor atau blender bersama santan dan air.
    3. Panaskan periuk. Gunakan api kecil ya.
    4. Masukkan agar-agar powder dan kacau sehingga mendidih sebentar.
    5. Padam api dan tuang ke dalam acuan segiempat sama.
    6. Sejukkan.
    7. Potong dan hidang.

    Sayur Lodeh

    Bahan-bahan:

    • Kulit tauhu (rendam)
    • Kacang panjang 
    • Carrot 
    • Kobis 
    • Terung
    • Tauhu (goreng dan potong kecil)
    • Tempe (potong kecil & goreng)
    • Udang kering atau udang basah 
    • Seulas bawang merah(hiris)
    • Seulas bawang putih (hiris)
    • Kunyit serbuk 
    • Sebiji cili hijau atau cili merah dihiris
    • Garam Himalaya 
    • Air
    • Santan
    • Minyak utk menumis

    Cara:
    1. Tumis bwg merah dan bwg putih dgn sedikit minyak. Masukkan kunyit serbuk ?
    2. Masukkan air.
    3. Apabila mendidih masukkan semua bahan.
    4. Masukkan santan & garam. Jika guna udang basah, masukkan kemudian sekali. 
    5. Bila dah masak boleh hidang sebagai kuah Lontong. Hias dgn cili hijau atau cili merah.

    * Ingat lodeh ini tiada sohoon dan kentang ya. Itu adalah karbohidrat !!!??? Dgn demikian hidangan ini cepat di masak sebab tak perlu tunggu sehingga kentang empuk sebab kita tak guna kentang, kan???????

    Kuah Kacang

    Bahan-bahan:

    • Cili kering
    • Bawang merah
    • Bawang putih 
    • Serai
    • Lengkuas 
    • Udang kering
    • 2 cawan air
    • Asam keping
    • Kacang tanah goreng(dikisar)
    • Garam Himalaya 
    • Lakanto

    Cara:

    1. Blend bwg merah , bwg putih, cili kering , serai, lengkuas, & udang kering.
    2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yg telah dikisar sehingga garing.
    3. Masukkan air dan kacau. Apabila mendidih , masukkan kacang tanah kisar dan kecil kan sedikit api. Boleh tambah air jika terlalu kering.
    4. Masukkan asam keping, garam dan lakanto ikut cita rasa. Jika reneh lebih lama, lebih sedap kuah kacang ini.
    5. Dah masak boleh hidang dgn Lontong atau sebagai kuah satay.

    • Acuan Nasi Impit

    • Nasi Impit Cauliflower

    • Bahan Sayur Lodeh

    • Sayur Lodeh

    • Lontong Keto

    Keto Dinner Rolls @ Keto Mini Buns
    Kuey Teow – Rendah Karbo
    Copyright © 2020 MyRDO Community Platform is proudly sponsored by RSA Khidmat & Teknologi Sdn Bhd
    • Juliet Pro by LyraThemes.com