MyRDO Plt.
  • Berita
  • Kedai MyRDO
  • Special Diet
  • Diabetes
  • Healthy Meal Plan
MyRDO Plt.
  • Resipi
  • Konsultasi
  • Senaman
  • Aktiviti
  • Testimoni
  • MyRDO
  • Kedai MyRDO
  • Member
    • Login
    • Register

Recent Posts

  • Recipes preview post
  • Mini Zucchini Pizza ?
  • Roti Jala Keto
  • Cloud Bread
  • Avocado Chia Seed Pudding

Recent Comments

    Archives

    • October 2020
    • December 2018
    • September 2018

    Categories

    • Aktiviti/Program
    • Konsultasi
    • Mengenai MyRDO
    • Resipi
    • Senaman

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    Konsultasi ~ Mengenai MyRDO

    Apa itu Diet Keto?

    20/12/2018

    Diet keto adalah sejenis pemakanan rendah karbo, tinggi lemak yang menyumbang kpd pelbagai kebaikan dari sudut kesihatanTerdapat lebih dari 20 kajian saintifik yang menunjukkan ianya menurunkan berat badan serta meningkatkan kesihatan.
    Diet keto juga mempunyai kebaikan dari segi mengawal gula untuk pesakit diabetis, kanser, epilepsi serta utk pesakit Alzheimer

    Diet keto atau ketogenic diet adalah diet karbo sangat rendah, tinggi lemak yang mempunyai banyak  persamaan dengan Atkins dan diet rendah karbo lain.

    Ini dilakukan dengan merendahkan pengambilan karbo dan menggantikannya dengan lemak. Penurunan karbo menyebabkan tubuh kita bertukar kepada keadaan metabolik yang dipanggil ketosis.

    Apabila tubuh memasuki fasa ketosis ini, ia membakar lemak dengan sangat cekap dan berkesan untuk penghasilan tenaga. Ia juga menukarkan lemak kepada ketones di dalam hati, yang seterusnya membekalkan tenaga kepada otak.

    Diet keto boleh menyebabkan penurunan gula dan insulin secara drastik. Ini, ditambah dengan paras ketones yang tinggi, menyumbang kepada pelbagai faedah kesihatan.

    Kebaikan Diet Keto

    Disamping fungsi utamanya untuk menurunkan berat badan serta manafaat untuk pesakit diabetis, antara faedah lainnya:

    • Penyakit jantung – menyumbang ke arah penurunan trigliserida,kenaikan HDL serta menurunkan tekanan darah dan glukosa
    • Kanser – banyak kajian terkini untuk merawat serta memperlahankan pertumbuhan kanser
    • Alzheimer – mengurangkan simptom Alzheimer serta memperlahankan progres penyakit tersebut
    • Epilepsi (sawan)- kajian dari tahun 1920-an lagi di US berjaya merawat epilepsi yang tidak boleh dikawal dengan ubat
    • Polycystic ovarian syndrome (PCOS) – diet keto membantu penurunan paras insulin yang seterusnya membantu pesakit PCOS

    Makanan yang perlu dielakkan
    Secara mudahnya semua makanan tinggi karbo perlu dihadkan. ini termasuk:

    • Makanan bergula- air-air manis, jus buahan, kek, biskut2 manis, ais krim serta gula-gula
    • Bijirin atau karbo berkanji-nasi, roti, mee, pasta dsb
    • Buah-buahan – semua jenis buah, kecuali sedikit buah spt strawberi atau blueberi
    • Ubi-ubi- seperti ubi kentang, keledek dan ubi kayu
    • Kacang – seperti kacang hijau (peas), lentil dan kacang merah (kidney beans)
    • Gula tersembunyi – seperti dalam sos, kicap dan mayonis

    Makanan yang boleh dimakan

    Introduction to Ketogenic Diet
    • Daging – lembu, kambing, ayam, dsb
    • Ikan- sebarang jenis ikan
    • Telur
    • Mentega 
    • Keju
    • Kekacang seperti almond, walnut, flaxseed dan chia seed
    • Minyak sihat – seperti kelapa, kelapa sawit dan zaitun
    • Avocado
    • Sayur rendah karbo seperti sayuran hijau, tomato, bawang2
    • Condiments iaitu rempah ratus

    Had untuk karbohidrat – kurang dari 50 gram sehari (net carb):

    Had untuk protein – kurang dari 50 gram sehari
    -Protein juga perlu dihadkan kerana ia juga merangsang insulin secara sederhana dan ini boleh menghalang ketosis jika diambil terlalu banyak

    Bagaimana dengan lemak?
    Lemak biasanya sudah terkandung di dalam protein yang kita makan. secara mudahnya tidak perlu menyukat lemak, tetapi kena makan lemak supaya agak-agak kita kenyang

    Snacking?
    Snacking tidak digalakkan semasa diet keto, tetapi jika sangat lapar, boleh ambil sedikit daging atau ikan, 1-2 biji telur, buahan seperti strawberi, atau sayur-sayuran seperti timun atau celery

    Jika perlu snacking-pilih kacang jenis Pecan, Brazil atau Macademia

    Apa itu Intermittent Fasting (IF)?
    Bagaimana Melaraskan (adjust) Dose Ubat Diabetis/Insulin Semasa IF & Diet Keto
    Copyright © 2020 MyRDO Community Platform is proudly sponsored by RSA Khidmat & Teknologi Sdn Bhd
    • Juliet Pro by LyraThemes.com